Rabu, 22 Januari 2014

Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Kaspersky Internet Security

Setelah sebulan menggunaka Kaspersky Internet Security secara trial selepas memformat laptop untuk diinstallkan dengan Windows 7. Pada hari ini tamat tempoh trial dan sudah bersedia untuk diinstallkan dengan KIS yang original. Pembelian KIS ini sudah lama dengan KIS untuk 3 pc, aku sudah menggunakannya untuk 1 laptop dan 1 pc. Jadi untuk lesen yang ketiga aku gunakan untuk diinstallkan pada laptop yang aku guna. Terdapat kelebihan dan kekurangan apabila menggunakan Kaspersky Internet Security pada komputer anda.


Kelebihan Kaspersky Internet Security
Kaspersky Internet Security 2010
Pada pandangan aku dan setelah menggunakannya setelah beberapa lama, KIS adalah antara antivirus yang sangat kuat dan efisen untuk menghalang virus dari memasuki pc/laptop. Sebelum ini pernah juga menggunakan Norton Antivirus namun ia sangat lembap dan kemudian menggunakan Trend Micro atau PCCillin yang boleh membuatkan komputer anda jem kerana duplicate quarantine file apabila komputer anda setiap kali.
Kaspersky Internet Security
Fresh Installation yang Memerlukan Online Update
Kaspersky juga menduduki ranking no 2 selepas Bitdefender dalam review yang dibuat oleh TopTenReview dalam Antivirus Software Review 2011. Aku juga pernah menggunakan Bitdefender untuk mengetahui keupayaan sebenarnya namun sensitivitinya sangat tinggi hingga fail-fail yang disuspek akan di quarantine atau diblok apabila hendak digunakan. Cara untuk membuat setting dalam Bitdefender juga agak sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk setiap setting. Jadi aku tetap beranggapan KIS adalah yang paling sesuai untuk aku gunakan.
Masalah yang aku hadapi bila menggunakan KIS ini adalah berkenaan lesen setelah menginstall pada komputer yang pertama. Apabila aku menginstall pada komputer yang kedua lesennya tidak bermula dari 365 hari tetapi mengikut hari aku menginstall pada komputer yang pertama. Begitu juga untuk komputer yang ketiga masih mengikut hari untuk komputer yang pertama. Disini aku kerugian lebih kurang 60 hari untuk komputer yang ketiga.
Satu lagi masalah yang belum aku temui jawapannya adalah bagaimana jika aku ingin memformat komputer yang telah aku installkan KIS iaitu komputer pertama kerana aku ingin mencuba aplikasi Linux. Adakah aku masih boleh menginstall dengan lesen yang pertama kerana ketiga-tiga lesen telah aku gunakan dan ketiga-tiga lesen menggunakan nombor yang sama. Aku di dalam dilema sekarang. Bantuan anda diperlukan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar